Skip to main content

AIC '26

Anugerah Inspirasi Cendekiawan HEPA 2026

Amanah . Profesional . Inovatif

Mengiktiraf Kecemerlangan Staf Akademik
dalam Memperkasa Agenda Hal Ehwal Pelajar
dan Alumni

Anugerah Inspirasi Cendekiawan (AIC) HEPA 2026 merupakan pengiktirafan tertinggi bagi menghargai sumbangan bakti dan kecemerlangan staf akademik UTHM dalam memperkasakan bidang Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Anugerah ini menjadi pemangkin dalam merangka pengalaman kampus yang menyeluruh demi melahirkan graduan yang holistik, berdaya saing, dan unggul di persada antarabangsa.

Kategori Anugerah AIC 2026

Anugerah Tokoh HEPA

RM 3,000

Anugerah Prihatin Pelajar

RM 1,000

Inisiatif Kebolehpasaran Graduan

RM 1,000

Inisiatif Jaringan Alumni

RM 1,000

Penasihat Pelajar (Teknousahawan)

RM 1,000

Penasihat Pelajar (Inovasi)

RM 1,000

Penasihat Pelajar (Nilai & Kesukarelawanan)

RM 1,000

Penasihat Pelajar (Sukan & Rekreasi)

RM 1,000

Penasihat Pelajar (Seni & Budaya)

RM 1,000

Penasihat Pelajar (Intelektualisme & Pengucapan Awam)

RM 1,000

Syarat Umum

Kriteria Umum (Wajib Dipenuhi)
  • Warganegara: Terbuka kepada semua Ahli Akademik Warganegara Malaysia.
  • Status Perkhidmatan: Aktif dan telah disahkan dalam jawatan di UTHM.
  • Prestasi LNPT: Mencapai skor minimum 80% bagi tahun penilaian terkini.
  • Rekod Tatatertib: Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib atau amaran rasmi.
  • Syarat Kemenangan Terdahulu:
    • Calon mestilah tidak pernah memenangi mana-mana kategori Anugerah AIC dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (2024 & 2025).
    • Nota Penting: Pemenang AIC HEPA 2023 adalah LAYAK untuk memohon semula bagi edisi 2026 ini.
Tempoh Penilaian
  • Hanya program atau aktiviti yang dilaksanakan antara 1 April 2025 hingga 28 Februari 2026 sahaja yang akan dinilai.
Kriteria Khusus (Kualiti Kepimpinan)
  • Impak Program: Membuktikan impak tinggi kepada pembangunan pelajar (holistik/berdaya saing).
  • Pengiktirafan: Mempunyai bukti sokongan seperti surat lantikan, laporan akhir, atau sijil penghargaan.
  • Pengesahan: Semua dokumen pembuktian WAJIB disahkan oleh Ketua PTj / Dekan / Timbalan Dekan (HEPA).

Rajah Masa . Timeline

1 Mac - 25 Mac 2026

Pencalonan dibuka untuk semua kategori kecuali Anugerah Tokoh & Prihatin

9 Mac - 25 Mac 2026

Pencalonan bagi Anugerah Prihatin Pelajar dibuka

26 Mac 2026

Semakan penerimaan dokumen pencalonan 

30 Mac 2026

Mesyuarat Jawatankuasa Penilai

1 April 2026

Sesi Temubual bagi calon Anugerah Tokoh & Prihatin HEPA

Detik Akhir Pencalonan AIC HEPA 2026

Jangan lepaskan peluang. Kaunter pencalonan akan ditutup dalam masa:

Hari
:
Jam
:
Minit
:
Saat

Amanah . Profesional . Inovatif

Hantar Pencalonan AIC HEPA
Anda Hari Ini

"Kerana Setiap Jasa Bermula Dengan Hati"

Anugerah Prihatin Pelajar
HEPA 2026

Adakah anda mengenali staf akademik yang sentiasa memberikan sokongan luar biasa dan prihatin terhadap kebajikan pelajar? Inilah masanya untuk menghargai sumbangan mereka.

Anugerah khas ini dibuka untuk pencalonan oleh mana-mana staf atau pelajar UTHM bagi menghargai figura pendidik yang berjiwa besar dalam menyantuni komuniti kampus.