Skip to main content

Adakah anda pemimpin mahasiswa yang kami cari?

Mahasiswa Gemilang Mengilham Inspirasi Terulung

Anugerah Inspirasi Mahasiswa (AIM) mengiktiraf kepimpinan, kreativiti, inovasi dan banyak lagi.

Anugerah Inspirasi Mahasiswa

AIM

"Mengiktiraf Keunggulan, Inspirasi Masa Hadapan"

Anugerah Inspirasi Mahasiswa

AIM

"Mengiktiraf Keunggulan, Inspirasi Masa Hadapan"

Pengenalan

Anugerah Inspirasi Mahasiswa (AIM) merupakan platform pengiktirafan tertinggi oleh Pusat Pembangunan Pelajar (PBP) UTHM. Dengan tema "Leather or Feather", edisi kali ini meraikan mahasiswa yang mengilhamkan inspirasi terulung melalui kepimpinan dan penganjuran program berimpak tinggi.

Objektif

Matlamat utama AIM adalah untuk mengiktiraf keunggulan pemimpin dan organisasi pelajar yang telah memartabatkan aktiviti kampus dengan dedikasi luar biasa. Selain menjadi pemacu inspirasi buat seluruh warga universiti, anugerah ini juga berfungsi sebagai wadah penghargaan buat staf HEPA yang menjadi tulang belakang pembangunan mahasiswa.

Kategori Anugerah

Di sebalik setiap kejayaan, wujud ketegasan komitmen dan kelembutan inspirasi yang memacu kecemerlangan. Anugerah Inspirasi Mahasiswa (AIM) mempersembahkan 46 kategori pengiktirafan buat warga UTHM

17

Anugerah Pemimpin Terbaik Pelajar
  1. Anugerah Pemimpin Program Kebudayaan & Kesenian
  2. Anugerah Pemimpin Program Keusahawanan
  3. Anugerah Pemimpin Program Sukan & Rekreasi
  4. Anugerah Pemimpin Program Pengucapan Awam
  5. Anugerah Pemimpin Program Terbaik Latihan & Kepimpinan
  6. Anugerah Pemimpin Program Akademik & Wacana Intelek
  7. Anugerah Pemimpin Program STEM
  8. Anugerah Pemimpin Program Etika & Kerohanian
  9. Anugerah Pemimpin Program Kesukarelawanan
  10. Anugerah Pemimpin Program Media Kreatif
  11. Anugerah Pemimpin Program Inovasi
  12. Anugerah Pemimpin Program Kampus Lestari
  13. Anugerah Pemimpin Program Patriotik & Kenegaraan
  14. Anugerah Pemimpin Program Kebajikan & Perpaduan
  15. Anugerah Pemimpin Pelajar Antarabangsa
  16. Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman/ Kelab/ Persatuan/ Sekretariat
  17. Anugerah Pemimpin Badan Beruniform

14

Anugerah Program Terbaik Pelajar
  1. Anugerah Program Terbaik (Kebudayaan & Kesenian)
  2. Anugerah Program Terbaik (Keusahawanan)
  3. Anugerah Program Terbaik (Sukan & Rekreasi)
  4. Anugerah Program Terbaik (Pengucapan Awam)
  5. Anugerah Program Terbaik (Latihan & Kepimpinan)
  6. Anugerah Program Terbaik (Akademik & Wacana Intelek)
  7. Anugerah Program Terbaik (STEM)
  8. Anugerah Program Terbaik (Etika & Kerohanian)
  9. Anugerah Program Terbaik (Kesukarelawanan)
  10. Anugerah Program Terbaik (Media Kreatif)
  11. Anugerah Program Terbaik Inovasi
  12. Anugerah Program Terbaik (Kampus Lestari)
  13. Anugerah Program Terbaik (Patriotik & Kenegaraan)
  14. Anugerah Program Terbaik (Kebajikan & Perpaduan)

6

Anugerah Staf HEPA
  1. Anugerah Penasihat Persatuan / Kelab / Sekretariat Cemerlang
  2. Anugerah Ketua Ajutan Badan Beruniform Cemerlang
  3. Anugerah Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Popular
  4. Anugerah Pengarah Popular
  5. Anugerah Pengetua Popular
  6. Anugerah Organisasi Popular

6

Anugerah Khas Staf & Pelajar
  1. Anugerah Khas TNC HEPA (Staf)
  2. Anugerah Khas TNC HEPA (Pelajar)
  3. 3 Anugerah Khas PBP
  4. Anugerah Khas LPU (Pelajar)

3

Anugerah Utama
  1. Anugerah Kelab/ Persatuan/ Sekretariat/ Badan Beruniform Pelajar Terbaik
  2. Anugerah Tokoh Siswa UTHM
  3. Anugerah Program Terbaik

Syarat
Pencalonan

Untuk memastikan pencalonan anda diproses, sila pastikan anda memenuhi kriteria berikut.

Peringatan! Semua dokumen wajib disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar/ Timbalan Dekan Hel Ehwal Pelajar dan Alumni (TD HEPA)/ Penasihat/ Pengarah sahaja.

Status Pengajian

Terbuka kepada semua mahasiswa UTHM yang belajar secara Sepenuh Masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Tempoh Program

Pencapaian dan program yang dicalonkan mestilah dijalankan bermula 1 Oktober 2024 hingga 31 Oktober 2025 sahaja.

Kriteria Akademik

Calon mestilah memiliki CGPA terkini sekurang-kurangnya 3.00 bagi semua kategori Pemimpin Terbaik.

Status Aktif

Calon hendaklah berstatus Aktif dalam pengajian sehingga 31 Oktober 2025

Had Pencalonan

Calon hanya layak memohon satu kategori sahaja, namun boleh menghantar dua pencalonan jika ia melibatkan kategori yang sama (contoh: Pemimpin Kerohanian & Program Kerohanian).

Nota Khas (Pelajar Antarabangsa)

Pencalonan bagi Anugerah Pemimpin Pelajar Antarabangsa hanya dibuka kepada mahasiswa antarabangsa UTHM (Diploma atau Ijazah Sarjana Muda) yang belajar secara Sepenuh Masa sahaja.

Detik Akhir Pencalonan AIM

Jangan lepaskan peluang. Kaunter pencalonan akan ditutup dalam masa:

Hari
:
Jam
:
Minit
:
Saat

Tarikh Tutup Permohonan 30 April 2026

"Mengiktiraf Keunggulan, Inspirasi Masa Hadapan"

Hantar Pencalonan AIM
Anda Hari Ini

"Dedikasi Staf, Aspirasi Universiti"

Anugerah Khas TNCHEPA

Kategori Staf

Pengiktirafan buat warga staf UTHM yang telah menunjukkan impak luar biasa. Pencalonan dikemukakan secara eksklusif oleh Pengarah PTJ HEPA. Hanya satu (1) calon sahaja boleh dikemukakan.

"Inspirasi Mahasiswa, Pemacu Kecemerlangan"

Anugerah Khas TNCHEPA

Kategori Pelajar

Penghargaan tertinggi bagi mahasiswa yang membuktikan kecemerlangan kepimpinan terulung. Pencalonan dikemukakan oleh Pengarah PTj atau Timbalan Dekan HEPA. Terhad kepada satu (1) calon terbaik bagi setiap fakulti/pusat.

Hubungi Urus Setia

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai proses pencalonan atau dokumentasi, sila hubungi wakil kami

Prof. Madya Ts. Dr. Khalid Bin Isa
012 773 2488
Prof. Madya Ts. Dr. Suliadi Firdaus Bin Sufahani
018 777 4080
Saudara Mahathir Bin Mohd Akhar
016 504 4952