Skip to main content

Aluan Pengarah

Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Pelajar (PBP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Laman ini diwujudkan sebagai platform untuk berkongsi maklumat, inisiatif dan usaha berterusan dalam memperkasa pembangunan pelajar secara menyeluruh. PBP sentiasa komited dalam membimbing pelajar UTHM mengembangkan potensi, memperkukuh sahsiah serta membina kompetensi yang relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan.

Seiring aspirasi UTHM sebagai sebuah Global Technopreneur University, pembangunan pelajar bukan sekadar tertumpu kepada pencapaian akademik, malah merangkumi pembentukan nilai, kepimpinan, daya tahan dan kebolehpasaran graduan. Pendekatan yang dilaksanakan memberi penekanan kepada pembangunan holistik agar pelajar mampu bersaing dan menyumbang di peringkat nasional dan global.

Semoga laman ini menjadi rujukan yang bermanfaat dan membuka ruang kepada pelajar untuk terus melangkah lebih jauh dalam perjalanan pembangunan diri.

Terima kasih.

Prof. Madya Ts. Dr. Khalid Bin Isa
Pengarah
Pusat Pembangunan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia